Monday, June 13, 2011

Buka Mata dan Lihat "THE REAL PICTURE"



Persoalan berat kaum wanita sedari dulu hingga sekarang...akan kita ungkapkan hari ini. Walau bukan semua wanita sebegini tetapi ramai juga yang melakukannya… jadi minggu ini Bro Razzi ingin cuba menyedarkan dan membuka mata mereka agar mereka terselamat dari terbelenggu lagi. I mulakan dengan soalan …


"Mengapa wanita TETAP cinta dan terus cinta kepada KEKASIH nya yang telah berkali-kali berlaku curang? Mengapa wanita juga sanggup JATUH CINTA walau dia tahu lelaki itu playboy dan ramai awek?"

Jawapannya adalah Kerana :-
  • Wanita ingat mereka boleh selamatkan lelaki itu
  • Wanita juga ingat ex girlfriend lelaki itu tak pandai, jadi dialah lagi pandai
  • Wanita juga selalu ingat yang ada misteri di dalam lelaki jenis ini
  • Wanita juga beranggapan lelaki golongan bad boy ini ada GOOD side dalam diri mereka, jadi mereka ingin keluarkan the good side of them.
  • Yang paling ramai, Wanita ingat mereka boleh ubahkan lelaki ini jadi baik

Kesiannn wanita… sedarkah anda atau tidak sedar? Janganlah kerana cinta, anda membutakan mata anda itu beb. REALITI CHECK untuk golongan wanita yang berfikiran begini :-
  • Lebih baik selamatkan diri anda dari nak selamatkan lelaki yang tidak mahu diselamatkan itu.
  • Sedarlah yang lelaki suka dengan apa yang dia buat. Berlakon je tak suka dan menyesal
  • Jangan ingat ex girlfriend dia atau wanita lain tidak bijak melayan, sebenarnya mereka telah habis usaha, sehingga sudah putus asa kerana pasangannya tetap mengecewakan mereka.
  • Tiada misteri dalam diri lelaki-lelaki sebegini, mereka memang begitu, tidak bertimbang rasa dan sanggup mencurangi anda.
  • Lupakan lah saja niat anda itu…the good side takkan muncul. Anda ingat anda lah yang boleh jadikan dia baik? Dream on!
  • Tiada lelaki yang suka dirinya diubah oleh wanita. Jika mereka nak berubah, mereka akan berubah tanpa diajar or disuruh oleh wanita. Sia-sia saja jika anda fikir anda boleh mengubahnya!

Sedarlah, Buka mata dan lihat "THE REAL PICTURE!" kalau sekali curang mungkin boleh lagi nak maafkan (Not Me). - Tapi kalau dah 3-4 kali curang, bertembung depan mata, dah maafkan pun tapi buat lagi. You tunggu dia lagi buat apa? Dia tidak akan berubah punya beb… tak payah nak jadi penyelamat la, dia orang tak mahu diselamatkan, dia orang suka buat apa yang dibuat tu. Sedarlah wahai wanita-wanita semua…sedarlah!

Curang atau menipu dan dapat awek lain semasa dia sudah ada awek adalah seperti DADAH! Dia tahu ianya memudaratkan tetapi dia lagi nak buat, kerana SEDAP BEB! Mengkhayalkan! Lelaki baik yang tak buat pun rasa nak buat, tapi masih boleh berfikir...tetapi lelaki yang buat ni, like I said, "It's like a drug" - Sekali dah rasa, dia akan ketagih untuk buat lagi dan lagi!

Anda tanya pula, "Kalau tak suka, dan nak ada girlfriend lain mengapa tak putuskan saja hubungan dengan anda?

Dadah beb...faham tak? Kalau hilang thrill menipu dan curang tu, hilanglah rasa khayal sedap dadah tu. Kalau dia putuskan, tak best lagi la... that's why wanita kena faham sifat kegilaan ini.

  •  TAPI, yang you nak tunggu dia putuskan tu pasal apa? Belah sendiri je lah ;) 
Jadi, tak perlulah anda nak mencuba nasib, menyelamat dia, mengubah dia dan berfikir anda lebih bijak dari orang lain, KERANA semua wanita sebelum anda JUGA, berfikiran seperti anda. At the end of the day... ANDA TETAP DIKECEWAKAN!

Mulakan hidup anda dengan cara yang betul-betul menyebelahi anda, jangan kita mulakan hidup dibelakang masalah yang bertimbun. SATU KESALAHAN sudah dikira berat... JANGAN TUNGGU LAGI jika sudah banyak kali kesalahan sama dilakukan. Pegang perinsip itu! 

Buka mata dan lihat "THE REAL PICTURE" ...that's NOT LOVE to believe in!


THIS ARTICLE WAS QUOTED FROM RAZZI RAHMAN  @ BROTHER LOVE

www.razzirahman.com

Friday, June 10, 2011

Faizul Jasmi @ Pulau Redang

Bila kita sayang orang tu



Bila kita sayang orang itu
kita tunggu dia lama pun tak pe
TAPI bila dia tunggu kita??? dia marah2
hati kata alaaa, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu



Bila kita sayang orang itu
kita tak tido pun tak pe layan dia yang tengah bosan
TAPI bila kita bosan...ada dia layan kita??
hati kata tak pe...dia busy kot..



Bila kita sayang orang itu
kita gaduh dengan dia, kita diam je
TAPI dia heboh satu dunia
hati kata tak pe..dia tension tuu



Bila kita sayang orang itu
kita call nak ckp ngan dia
TAPI dia bagi phone kat org lain atau matikan
hati kata tak pe...layan je..kawan dia..kawan kita gak



Bila kita sayang orang itu
kita bercerita dgn dia .. ibarat citer dengan tunggul lg baik
TAPI bila dia bercerita dengan kita
kita dgr, sepatah2 kita kena ingat...kalu tak ingat kita yang kena marah
hati kata tak pe...sayang katakan…



Bila kita sayang orang itu
kita sanggup bagi dia rest bila dia letih
TAPI bila kita letih, dia suruh jugak kita layan dia bila dia bosan
adil ker? Hati kata, ala bukan selalu pun..



Bila kita sayang orang itu
kita jadi cam org gila dgr dia sakit
TAPI bila kita sakit,
dia siap kuar ngan kwn2 dia ... buat macam tak kesah
hati kata, ala..tak pe, takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam



Bila kita sayang orang itu
kita tak pernah pentingkan diri sendiri
TAPI dia hipokrit tahap gaban
hati kata tak pe...dia mmg cam tu kene lah terima..



Bila kita sayang orang itu
kita sayang nak tinggalkan dia selama2nya
TAPI dia tak tahu kita berdepan dgn maut bebila masa
hati kata... camanalah dia bila kita takde..mesti dia hepi..

Bila kita sayang seseorang
kita tak sanggup tengok dia derita
TAPI dia tak pernah hargai diri kita
hati kata...tau tak betapa kita sayangkan dia????



Bila kita sayang orang itu
kita sanggup tinggalkan dia selama2nya utk dia bahagia
TAPI adakah dia tahu pengorbanan kita??
hati kata....tak pe...janji dia bahagia










DAN ....




Bila kita dah tinggalkan dia selama2nya..
dia datang ziarah pusara kita..
dia mintak maaf sebab pernah mengata kita..
dia mintak maaf sebab pernah buat kita tunggu dia..
dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan..
dia mintak maaf sebab pernah heboh satu dunia salah kita..
dia mintak maaf sebab pernah tak hiraukan call kita..
dia mintak maaf sebab pernah tak dengar luahan hati kita..
dia mintak maaf sebab pernah buat kita kelaparan sbb kita..
dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita..
dia mintak maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita..
dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri..
dia mintak maaf sebab tak pernah tengok penderitaan kita........



NAMUN SEMUANYA TELAH TERLAMBAT....  SEBAB "KITA" DAH TAK ADA .... HARGAILAH ORANG2 YG MENYAYANGI ANDA....

Thursday, June 9, 2011

Sturbucks Coffee



Pehhh hari ni masa aku dihabiskan kat Starbucks Coffee (MetroPoint Kajang). First time masuk cafe ni rasa mcm woahh mewah nye aku masuk kedai mahal ni. Tujuan utama masuk kedai ni bukan la nak minum sgt pun sebab korang tau je lah dah nama Starbucks mesti lah mahal nak mati kan. Kalau keluar duit sendiri nak beli ice blended takat regular tu memang tak ah kan. Tapi org yg nak blanje, so aku pun okay je lah. Hehehehe. Nak jugak la merasa sedap sangat ke Starbucks punye coffee ni sampai harga mahal ya amat. Tu yg try tu. Rasa takde la sesedap mane pon. Biase2 je. Baik aku beli sndiri flavour mochachino tu, then blend sendiri kat rumah. Pastu taruk toping kat atas die. Lagi puas hati. Murah pon murah. Singget je 1 peket. Ini sampai 14 hengget regular size. Pehh memang tak la. huhu.




Memandangkan air membe belanje, so aku pun ape lagi pegi kedai sebelah, beli Chocolate Fudge (Secret Recipe). Minum petang ice blended n kek secret recipe. Wah mewah nye aku hari ni ! Huarghhh ! hahaha.
Lepak2 pon sebab bosan mati kutu kat rumah tak tau nak buat ape. Tu la org soh keje, malas ! hah bosan lah memanjang. Huhuhu. Lepak2 tu sempat la buat kelas tutorial Adobe Primiere Pro yg baru aku install dlm laptopnye. Ni nak story ni. Kome yang suka mengedit video tu kan, atau kome2 yg videographer tu, video editing menggunakan Primiere Pro sangat ifektif dan best wa ckp lu. Dengan 1 software, mcm2 kome boleh buat. TAPI, kalau digabungkan effect from After Effect n Primiere Pro, LAAAAAGIIIIII gempak u ols ! hahaha.. 




Premiere pro tak susah kalau faham teknikal nye. Adobe mencipta sebuah software yang memudahkan penggiat video tanah air (wah ! penggiat video tanah air gitu..) dalam proses editing sesebuah video. Ni sambil bosan2 menaip entry, kadang2 saje la bukak Pr. Bukak je tak edit ape2 pun. Huhuhu. Sebab takde mende nak diedit.. Hehehe. Hampir 2 jam klas tutorial berlangsung, akhirnya kitorang blah dari situ. Blah bukan beerti balik ye. Destinasi seterusnye, jalan2 cari makan pulok kat PIZZA HUT (teringat cheesy crust yang sangat mengasyikkan. Dilimpahi keriuk2 bawang goreng ----> itu MEE SEDAP daa.. haha. Dilimpahi keju cair yang mengalir keluar dari kerak panas yang crunchy itu. Waaaaaaa.. =P).. Makan set biase sudaa. Set 4 RM 20 hengget tu.




-   2 small pizza
-   2 soft drinks
-   2 mushroom soup,
-   1 garlic bread.


Fuhhh kenyang melantak hari ni. Seronok org blanje makan. Datang2 bawak perut sahaje. Wakakaka! Sembang punye sembang punye sembang, tup3 dah 7 ptg. It is time to go back home before mom started to call and said "balikkkkkk sekarang !!!" hahaha. Okay sampi sini dulu entry kali ni. See u soon :) hehehe

Wednesday, June 8, 2011

Peremba Square (Canon Customer Service)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Woahh buletin utama sangat. Haha. Okay entry ini merupakan entry pertama ku dalam dunia blog ini. So banyak lagi topik1 yang howt belum di-enter kan lagi ! Hehehe. Orait, let's move on.



Okay, the main topic for this entry is about fixing my canon DSLR camera yang dah lama tersimpan dalam lemari kaca yg transparent itu. Haha memangla transparent dah nama pon kaca (glass), bukan nye cermin yg memantulkan cahaya. Hahahaa okay back to the topic. Kepada yang mencintai dunia fotografi digital dan yang memiliki atau pernah menggunakan kamera Digital Single Lens Reflex (DSLR) pastinya memerlukan sejumlah bajet yg agak besar dalam membeli barang sampingan kamera seperti lens, speedlite, lens hood, battery grip, tripod, dan lain2. Malah, kos maintainance nye pon tak kurang tingginya. So no wonder lah photographer yg serius selalu tukar2 body (camera) sebab kos membaik pulih mana2 bahagian yang rosak tu hampir sama kalau beli yg baru je.

Nak dijadikan cerita aku juga mempunyai masalah dgn machine aku tu. Apa masalahnye ?? Haaaa ni dia masalah machine aku yg berusia 4tahun tu : ERROR 99


So, disebabkan masalah ini berlarutan sampai mengganggu gugat (wahh! bahase melayu karangan SPM sangat aku guna) proses shooting aku, so i have decided to sent the mac to Canon Customer Care yang terletak di Peremba Square (on the way ke Subang Airport tu)





Aik? hindu tu la yang berurusan dgn aku tempoh hari. Wah tak sangke cought u in the picture. Wakakakaka. So i've told her about my problem. Bla bla bla.. Then she said that ERR 99 is a common problem happened. Aku pun dok khusyuk la dengar penjelasan minachee tu. Listening to English is not a big deal for me. Nak cite la ni haaa dia berinteraksi dalam english. Tu je nak cite sbnrnye. Nak bagi kome2 ni paham.. hahaha. Then I tanya la dia, kenape error tu boleh terjadi? Adakah sebab lens problem atau something wrong with the system? Then she said, banyak faktor yg menyebabkan error tu. Dia pun tak pasti. Tapi dia akan pass to the Canon's Technition to find out what actually the main problem. So they will make a quotation and send to me in 7 working days. What i gonna do? JUST WAIT FOR IT..